I am HERE !

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sabar

   

        Mungkin DIA lebih mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini. Sudah setahun berlalu, aku masih tidak dapat menerima dia yang sepatutnya menjadi yang terpenting dalam hidup. Aku tak dapat untuk menetapkan kebencian ini patut/harus/tidak patut untuk ada dalam hati aku. Tak ada sesiapa lagi yang boleh meneliti setiap perasaan yang timbul disetiap pelusuk tubuh aku. Ada saja tanda tanya yang muncul untuk aku persoalkan tapi kadang kala aku merasakan jawapannya tidak pernah ada. Mungkin ia akan dibuat-buat supaya wujud dan melegakan hati aku dengan soalan yang sudah terjawab. Ada insan yang aku menaruh harapan untuk dia pulang dan membawa aku ke arah kebahagian yang yang impian dalam angan. Kata aku mungkin tidak lah sehebat sehingga mampu memberi kesan yang mendalam diri seseorang. Tidak mampu untuk menarik perhatian orang. Lebihkan kebencian dalam diri mereka letak ke atas diri aku. Tanpa sebarang kesilapan juga aku dipersalahkan. 

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

        "Sabar..sabar..sabar.." hanya itu saja perkataan yang sentiasa aku berkata sendiri. Beranggapan seperti ada yang membisikkan perkataan "sabar" di sepasang telinga yang dikurniakan cukup untuk mendengar pelbagai perkara. Apalah perasaan mereka yang dilahirkan dengan kekurangan deria pendengaran ? Tak perlu mendengar segala tomahan, segala penceritaan yang tidak ada susun aturnya, segala rekaan cerita semata-mata, segala kata-kata setitik dosa yang bakal bercambah menjadi dosa-dosa yang perlu ditampung bertahun-tahun. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar berikan aku peluang untuk berubah. Berubah sebagaimana halusnya kulit bayi yang baru dilahirkan, cantiknya sinar matahari di pagi hari, sekilau mutiara yang bernilai, sebersih kain putih. Ya Allah, sesungguhnya dosa-dosa yang aku pikul ini tidak mampu ku tampung hingga ke akhirat nanti Ya Allah. Banyak peluang engkau berikan kepada hamba-Mu yang hina ini tetapi tetap tiada perubahan. Kau sucikan lah kembali hati hamba-Mu ini yang penuh dengan debu-debu kotor. Kegelapan yang menyelubungi ini kau sinarkan lah dengan pelangi ciptaan-Mu Ya Allah. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)

        Aku mudah jatuh. Jatuh apabila ada mereka yang tidak senang dengan kehidupan yang aku sendiri tidak pasti dimana mood yang aku rasa sesuai untuk diletakkan dalam kehidupan aku. Apa ada pada aku ? Kegembiraan ? Kesenangan hidup ? haha. Aku pun tidak boleh menentukan. Mungkin sudah menjadi lumrah manusia menilai seseorang daripada luaran. Sedangkan sudah beratus kali aku mendengarkan ayat "Don't Judge a Book by its Cover". Ayat sekadar pengisi mulut untuk bersuara mengalunkan melodi yang mungkin indah di hawa pendengaran tetapi tidak memberi maksud daripada tubuh yang mendendangkannya. Jangan bermain dengan kata kerana kata-kata boleh memberi kesan yang pelbagai.