Assalamualaikum wbt. :)
Hi Bloggers & Readers !
30 Oktober 2012 - 4.08am - Selasa
Seperti hari-hari biasa keluar bersama Fendi :) Baru je sampi dekat rumah . Tiba-tiba Sy rasa nak Update blog . hehe :3 Haaa ~ Hari ni sepatutnya hari yg sememangnya memberi debaran bagi Sy sebab hari ni sepatutnya Results UiTM keluar . Tapi malangnya telah ditunda pada 5hb Nov 2012 :) Haih ! Entah lah , takut nak letakkan harapan yg sangat besar . Hanya mampu berserah je sebab Sy rasa Sy dah buat yg terbaik masa Interview dulu :) --> Masih terngiang-ngiang lagi dalam kepala ni saat-saat Hari Interview dulu :) haha ! Hurmm ~ Memori dalam Ingatan ni pentingkan ? Untuk kita sentiasa simpan setiap saat Kenangan itu . Sebabnya bagi Sy setiap apa yg kita lakukan itu penting dalam hidup ni :) Bila diingatkan kembali segala-galanya , kadangkala kita boleh tergelak sorang2 :)
Termenung seketika , sambil baring di ruang tamu memandang dinding . Terkenangkan saat-saat Indah yg pernah berlaku dalam hidup ni . Haih ! Macam mana lah kalau ALLAH S.W.T nak tarik nyawa sekarang juga ? Dengan Ilmu yg tidak pernah cukup untuk dituntut , Dengan Amalan yg sentiasa diabaikan , Dengan Iman yg tidak pernah Kukuh , Dengan semua Bekalan ke Akhirat tidak pernah sekali pun untuk tersedia . Ya Allah ! Besar sungguh tanggungjawab setiap Hamba-Mu Ya Allah ! Sedangkan semua benda yg Wajib dilakukan itu begitu mudah untuk dilakukan , sedangkan Pahala itu mudah untuk diperolehi mengapa Amalan tidak pernah direbut untuk diriku sendiri ? --> Bertanya dalam hati ni . Mungkin keriangan yg sentiasa tergambar pada wajah tidak sama dengan perasaan yg diluahkan hanya dalam hati . Mereka yg melihat hanya mampu menilai seseorang berdasarkan luaran semata-mata tanpa mengenali Isi hati dan perasaan yg tersirat disebalik setiap perbuatan , percakapan seseorang . Hidup dan mati hanya ALLAH S.W.T tentukan . Sedikit demi sedikit kembali ke jalan yg terang , cuba dan cuba dengan bersungguh-sungguh untuk mentauhidkan diri kepada ALLAH S.W.T . Mungkin datangnya halangan untuk membantutkan perubahan dalam diri ini , tapi kalau hati ni Ikhlas , Insyaallah ada bantuan yg diberikan . Ya Allah , takut rasanya bila termenung ni sambil bayangkan bagaimana suasananya bila di alam barzakh :'( Berapa banyak Dosa yg dilakukan .. Sekecil-kecil dosa bila sentiasa dilakukan akhirnya jadi besar juga .
Sedih bila dikenangkan kembali apa yg dilakukan di masa lalu . Sekiranya diri ni meninggalkan semua org yg disayangi . Sekiranya tidak sempat untuk bertaubat , Sekiranya tidak sempat meminta kemaafan kepada sesiapa yg pernah terguris hati , Sekiranya tidak dapat menglangsaikan hutang yg mungkin tidak terlangsai , Sekiranya tidak sempat bersama dengan mereka yg disayangi , Sekiranya tidak dapat berjumpa dengan mereka yg sepatutnya sudah lama bersama . Sekiranya tidak dapat memeluk Insan2 yg sentiasa disayangi . Dan segala-galanya . Takut rasanya , bukan sebab penyakit ke apa .. Hanya memikirkan kekuasaan ALLAH S.W.T yg sangat Besar dan segala-galanya boleh terjadi dengan sekelip mata je :)
Sy hanya mampu mengingatkan diri Sy untuk jadi lebih baik lagi daripada sebelum ni . Secara sedikit demi sedikit mencari apa yg dinamakan Iman . Mungkin hanya diri sendiri mengerti Siapakah Muhammad Amirul Shafiq :) Insyaallah setiap Kenangan akan sentiasa berada dalam Ingatan :)